Pengawasan Kejiranan

Pengawas Kejiranan

PENGAWASAN KEJIRANAN
BRUNEI DARUSSALAM

PETIKAN TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

“Maka atas asas inilah, kita telah mengadakan berbagai projek dan gerakan yang teratur untuk kepentingan keamanan dan keharmonian Negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk, seperti projek ‘Kejiranan Kampong’ yang telah diperkenalkan itu, dan kemudian terhadap Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong dan ketua-ketua rumah panjang juga telah diberikan latihan-latihan melalui beberapa cara, seperti melalui taklimat-taklimat dan peneranganpenerangan yang berkaitan dengan keamanan, pentadbiran kerajaan, dan sekaligus memperkenalkan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemimpin dan ketua masyarakat di tempat atau kampong masing-masing.”

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE – 45 TAHUN
PADA 15 JULAI, 1991

“Dan sebagai hasrat untuk melihat Negara ini benar-benar selamat, maka baru-baru ini kerajaan telah mengadakan rancangan ‘Pengawasan Kejiranan Kampong’ yang dikelolakan oleh pihak Polis. Ianya dimaksudkan sebagai langkah untuk melahirkan kerjasama yang rapat di antara pihak kerajaan dan orang ramai dalam hal mempastikan, bahawa keamanan di Negara ini adalah benar-benar wujud. Dan ada pun penglihatan orang ramai itu, ialah sebagai menepati konsep kita bernegara: ‘Sekapal Satu Nakhoda’.

SEMPENA KEDATANGAN TAHUN BARU MASIHI 1991

Kita tidak mahu Negara Brunei Darussalam menjadi tempat penghijrahan bagi anasir-anasir yang tidak disenangi di tempat mereka sendiri. Sesungguhnya perkembangan mutakhir yang telah mencatatkan beberapa insiden terbaru setakat ini, adalah menjadi ujian dan cabaran berat kepada pihak-pihak penguatkuasa dan juga masyarakat. Sehubungan dengannya, juga ‘Kejiranan Kampong’ eloklah dikemaskinikan atau diluaskan lagi fungsinya, sehingga benar-benar dapat menyumbang untuk sama-sama mengatasi jenayah.

SEMPENA SAMBUTAN ISRAK DAN MIIKRAJ
PERINGKAT NEGARA TAHUN 1424 HIJRAH
PADA 27 REJAB / 24 SEPTEMBER, 2003M

SEJARAH

Pengawasan Kejiranan Kampong (PKK) yang pertama ditubuhkan di Kampong Madang Daerah Brunei Muara pada 28hb April 1989 dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Omar bin Pengiran Dato Paduka Penghulu Haji Apong selaku Pesuruhjaya Polis ketika itu.

Projek Pengawasan Kejiranan Kampung (PKK) bukanlah satu buah fikiran yang baru, malahan, ianya telah diperkenalkan di Negara-negara yang sedang dan telah membangun seperti Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia dan lain- lain lagi

Projek Sukarela ini ditubuhkan bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan, menimbulkan perasaan tanggungjawab dikalangan penduduk kampung, terutama sekali dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kampung dan sekitarnya.

Asas utama projek ini ialah memberi kesedaran dan kesempatan kepada para masyarakat agar mereka dapat memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan yang telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Dengan semangat Kejiranan ini akan memberikan kesempatan untuk saling mengenali diantara satu dengan yang lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan. Kewujudan hubungan ini akan merangsang sikap pemedulian dan mengekalkan kehidupan berjiran yang harmoni dikalangan penduduk.

Projek Pengawasan Kejiranan Kampung ini diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sebagai menyahut titah dan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Pasukan Polis Diraja Brunei, agar ia diperkenalkan dan disebarluaskan ke seluruh Negara, iaitu ke semua Kampung-kampung, dalam mengekalkan keamanan, agar rakyat dan penduduk hidup dalam keselesaan, bersatu padu dan aman damai.

Misi, Visi dan Moto

VISI

“BERSAMA MENCEGAH JENAYAH KE ARAH KEAMANAN DAN KESELAMATAN”

 

MISI

“BERSAMA MASYARAKAT MENDUKUNG UNDANG-UNDANG DALAM MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA”

 

MOTO

”BERSAMA JIRAN MENCEGAH JENAYAH”

Tujuan Pengawasan Kejiranan

TUJUAN PENGAWASAN KEJIRANAN

  • Pengawasan Kejiranan ditubuhkan dengan tujuan untuk menanamkan kefahaman dan kesedaran dikalangan orang ramai tentang kepentingan untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negara.
  • Sebagai gandingan di antara orang ramai dan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam melaksanakan pencegahan jenayah dan kawalan keselamatan secara sukarela.
  • Mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dan menyemaikan rasa muhibah serta kesefahaman dalam hidup bermasyarakat dan bernegara.
  • Bekerjasama dan berbincang dalam menyediakan atau menyusun program aktiviti pencegahan jenayah, kebajikan dan sosial dengan melibatkan masyarakat di sesebuah kawasan.
  • Menyalur sebarang maklumat yang berkepentingan seperti keselamatan atau jenayah kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
  • Menyampaikan nasihat dan saranan yang diterima daripada Pasukan Polis Diraja Brunei kepada masyarakat.
  • Pengawasan Kejiranan Kampung ini diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sebagai menyahut titah dan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Pasukan Polis Diraja Brunei agar ia diperkenalkan dan disebarluaskan ke seluruh Negara dalam mengekalkan keamanan, agar rakyat dan penduduk hidup dalam keselesaan, bersatu padu dan aman damai.
Syarat Menjadi Ahli

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI PENGAWASAN KEJIRANAN

  • Rakyat atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai rekod bersih daripada jenayah dan keselamatan.
  • Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan.
  • Jumlah keahlian hendaklah tidak melebihi 20 orang.
  • Tempoh keahlian bagi Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli adalah selama 5 tahun.
  • Keahlian akan ditamatkan jika ahli melakukan kesalahan jenayah atau atas sebab lain mengikut sokongan daripada pengerusi PK.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia Pengawasan Kejiranan ditalian:

Telefon: +673 2459500
Fax: +673 2455590
Email: Rbpf.pro@police.gov.bn

Peranan Kampung-Kampung Yang Berdaftar Ahli Pengawasan Kejiranan

Ahli PK secara SUKARELA berperanan:

  •  Melibatkan diri dalam gandingan bersama Pasukan Polis Diraja Brunei mengekalkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran.
  • Memata-matai keselamatan orang ramai di persekitaran kampung.
  • Mengambil perhatian dan mengawasi gerak-geri pendatang atau orang yang tidak dikenali masuk dan tinggal di persekitaran kejiranan.
  •  Membuat rondaan pada waktu yang bersesuaian secara bergilir-gilir untuk mencegah dari terjadinya kes-kes jenayah.
  •  Membuat kerja kebajikan dan sosial secara bergotong-royong seperti membersihkan sesebuah kawasan atau bangunan supaya tidak disalah gunakan oleh anasir-anasir yang tidak diingini bagi keselamatan penduduk.
Senarai Kampung-Kampung Yang Berdaftar Ahli Pengawasan Kejiranan

MUKIM BURONG PINGAI AYER

  1. KAMPUNG LURONG DALAM
  2. KAMPUNG BURONG PINGAI AYER & SUNGAI ASAM

MUKIM TAMOI

  1. KAMPUNG TAMOI TENGAH & TAMOI UJONG
  2. KAMPUNG PENGIRAN KERMA INDERA LAMA

MUKIM LUMAPAS

  1. KAMPUNG LUMAPAS A (TERMASUK KG BUANG TEKUROK)
  2. KAMPUNG LUMAPAS B
  3. KAMPUNG PUTAT
  4. KAMPUNG KASAT
  5. KAMPUNG LUPAK LUAS, TARAB BAU (TERMASUK BUANG SAKAR)

MUKIM KIANGGEH

  1. TERMASUK KAMPUNG KIANGGEH

MUKIM KOTA BATU

  1. KAMPUNG BELIMBING
  2. KAMPUNG SUNGAI BUNGA TERMASUK PULAU BARU-BARU & TANJONG KINDANA
  3. KAMPUNG DATO GANDI
  4. KAMPUNG PUDAK
  5. KAMPUNG SUNGAI MATAN
  6. KAMPUNG SERDANG
  7. KAMPUNG SUNGAI BELUKUT
  8. KAMPUNG SUBOK
  9. KAMPUNG PELAMBAYAN

MUKIM MENTIRI

  1. KAMPUNG MENTIRI
  2. KAMPUNG SUNGAI BULOH
  3. KAMPUNG BATU MARANG
  4. KAMPUNG KAWASAN 1 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA MENTIRI
  5. KAMPUNG KAWASAN 2 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA MENTIRI
  6. KAMPUNG SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI TANAH JAMBU
  7. KAMPUNG MANGKUBAU (RPN PANCHOR)

 MUKIM SERASA

  1. KAMPUNG KAPOK
  2. KAMPUNG SERASA & PERPINDAHAN SERASA
  3. KAMPUNG MASJID LAMA, PEKAN MUARA, SABUN & PELUMPONG
  4. KAMPUNG MERAGANG (RPN)

MUKIM BERAKAS ‘A’

  1. KAMPUNG LAMBAK ‘A’ DAN TERUNJING
  2. KAMPUNG ORANG KAYA BESAR IMAS & PULAIE
  3. KAMPUNG PANCHA DELIMA & ANGGEREK DESA
  4. KAMPUNG JAYA SETIA & JAYA BAKTI
  5. KAMPUNG BURONG PINGAI BERAKAS
  6. KAMPUNG STKRJ LAMBAK KIRI DAN KAWASAN SEKITARNYA

MUKIM BERAKAS ‘B’

  1. KAMPUNG SUNGAI TILONG
  2. KAMPUNG KAWASAN 2 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA LAMBAK KANAN
  3. KAMPUNG KAWASAN 3 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA LAMBAK KANAN
  4. KAMPUNG KAWASAN 4 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA LAMBAK KANAN

MUKIM GADONG ‘A’

  1. KAMPUNG TUNGKU & KATOK
  2. KAMPUNG RIMBA
  3. KAMPUNG KAWASAN 1 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA RIMBA (JALAN 3)
  4. KAMPUNG KAWASAN 2 RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA RIMBA (SPG 39)
  5. KAMPUNG SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI RIMBA
  6. KAMPUNG KAWASAN 1 PERUMAHAN STKRJ TUNGKU (JLN 162)

MUKIM GADONG ‘B’

  1. KAMPUNG KIULAP
  2. KAMPUNG MATA-MATA
  3. KAMPUNG PERPINDAHAN MATA-MATA
  4. KAMPUNG MENGLAIT/PENGKALAN GADONG (TERMASUK BATU BESURAT & TUNGKU LINK)

MUKIM KILANAS

  1. KAMPUNG KILANAS (TERMASUK KAMPUNG DADAP)
  2. KAMPUNG TASEK MERADUN & BUNUT
  3. KAMPUNG BUNUT PERPINDAHAN
  4. KAMPUNG BENGKURONG, SINARUBAI DAN BURONG LEPAS
  5. KAMPUNG JANGSAK

MUKIM SENGKURONG

  1. KAMPUNG TANJONG NANGKA
  2. KAMPUNG KULAPIS
  3. KAMPUNG MULAUT
  4. KAMPUNG LUGU & KATIMAHAR
  5. KAMPUNG JERUDONG
  6. SENGKURONG A
  7. SENGKURONG B

MUKIM PENGKALAN BATU

  1. KAMPUNG PENGKALAN BATU
  2. KAMPUNG PANCHUR MURAI
  3. KAMPUNG WASAN
  4. KAMPUNG LIMAU MANIS
  5. KAMPUNG MASIN
  6. KAMPUNG BEBULOH
  7. KAMPUNG BATONG
  8. KAMPUNG JUNJONGAN

MUKIM KUALA BELAIT

  1. KAMPUNG PEKAN BELAIT
  2. KAMPUNG PANDAN ‘A’
  3. KAMPUNG PANDAN ‘B’
  4. KAMPUNG PANDAN ‘C’
  5. KAMPUNG SUNGAI TERABAN
  6. KAMPUNG MUMONG

MUKIM SERIA

  1. KAMPUNG SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI LORONG 3 SELATAN SERIA
  2. KAMPUNG RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA PANAGA SERIA

MUKIM LIANG

  1. KAMPUNG SUNGAI LIANG
  2. KAMPUNG LUMUT I
  3. KAMPUNG LUMUT II

MUKIM BUKIT SAWAT

  1. KAMPUNG MERANGKING
  2. KAMPUNG BUKIT SAWAT
  3. RUMAH PANJANG MALAYAN

MUKIM LABI

  1. KAMPUNG LABI I (JUGA MENTADBIR RUMAH PANJANG BATU 19, LABI 1)
  2. KAMPUNG LABI II
  3. RUMAH PANJANG MENDARAM BESAR, LABI II
  4. RUMAH PANJANG TERAJA. LABI II

MUKIM SUKANG

  1. RUMAH PANJANG BUAU
  2. RUMAH PANJANG BIADONG ULU

MUKIM MELILAS

  1. RUMAH PANJANG MELILAS
Pengawasan Kejiranan Belia

PENGAWASAN KEJIRANAN (PK) BELIA

Pengawasan Kejiranan melibatkan Belia ditubuhkan bertujuan dan konsep memfokuskan kepada Wawasan Brunei 2035 iaitu ‘Belia’ adalah aset penting negara kerana belia merupakan mekanisme atau jentera utama untuk menggerakkan dan seterusnya menentukan hala tuju sesebuah negara.