TEMBURONG, Khamis 10 Jun 2021 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah merampas sejumlah 480 tin barang tegahan iaitu minuman keras di kawasan Kg Ujong Jalan, Puni Daerah Temburong.
Maklumat tersebut adalah hasil daripada perkongsian orang ramai kepada pihak polis bagi menjalankan tindakan mengenainya.
Keanggotaan balai segera ke tempat kejadian dan mengesahkan mengenai penemuan barang tegahan yang telah diletakkan di salah satu sudut kawasan dalam rumah yang kosong dan tidak lagi berpenghuni.
Kesemua barang tegahan tersebut dibawa ke Balai Polis Bangar dan kes ini diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan selanjutnya.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
