BRUNEI MUARA, Sabtu 23 Okt 2021 – Sebanyak 232 paket rokok telah berjaya dirampas hasil daripada rondaan operasi yang dilaksanakan oleh gabungan agensi beruniform. 

Operasi yang melibatkan keanggotaan daripada Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Tugasan Operasi Sepadu Task Force Covid-19 telah menemukan barang tegahan di kawasan hutan Bukit Bujang Pahang, Kampung Menunggol, Daerah Brunei Muara pada 22 Oktober 2021 sekitar jam 4.32 petang.

Semasa rondaan dijalankan telah menemukan dua (2) plastik besar berwarna putih diletakkan di kawasan permukaan tanah dalam keadaan yang mencurigakan. 

Pemeriksaan kemudian dijalankan lalu menemukan sejumlah bungkusan paket berupa rokok yang memiliki pelbagai jenama. Barang tegahan dirampas dan dibawa ke Balai Polis Kg Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi siasatan awal dan kemudiannya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sentiasa mengingati orang awam agar sentiasa akur dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan di Negara Brunei Darussalam. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI