GADONG , Ahad 28 Mac 2021 – Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya’ban bagi tahun 1442 Hijrah di Surau Sementara, Dewan Persidangan PPDB Gadong. 

Tetamu kehormat di Majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali beserta Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid. 

Turut hadir para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai- pegawai, keanggotaan dan kakitangan awam PPDB. 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan Sembahyang sunat hajat, bacaan Surah Yassin sebanyak 3 kali yang dipimpin oleh Imam Surau, Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar serta diikuti dengan bacaan doa khusus sempena malam Nisfu Sya’ban bagi memohon kepada Allah S.W.T agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadanya, memohon untuk dijauhkan daripada segala bala bencana serta dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI