GADONG, Jumaat 19 Mac 2021 – Bersempena penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) ke-44 tahun, PKP telah mengadakan perbarisan Kawad Pegawai Pemerintah Pasukan Kadet Polis yang telah diadakan pada 18 Mac 2021 di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PLP) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Perbarisan kawad berkenaan telah melibatkan 291 orang ahli kadet polis yang terdiri dari Pancaragam PKP, penuntut sekolah serta guru-guru sekolah seluruh negara yang diketuai Kadet Polis (KP) Penolong Penguasa Polis Pengiran Ali bin Pengiran Haji Chuchu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Pemangku Komandan PLP Penguasa Polis (Superintendent) Haji Mohamad Noor bin Haji Abd Rahman yang juga selaku Pegawai Pemerintah Pasukan Kadet Polis.
Acara pada pagi tersebut diselajurkan acara ramah mesra bersama ahli-ahli PKP yang diadakan di Dewan Serbaguna, PLP sejurus selesai perbarisan kawad tersebut.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
