BELAIT, Khamis 25 Mac 2021 – Operasi Sepadu Sekatan Jalan Raya Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Balai Polis Kuala Belait, Balai Polis Panaga,  Daerah Polis Belait Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah dijalankan serentak di dua lokasi berasingan di Daerah Belait.  

Operasi sekatan yang dihadiri seramai 43 orang anggota itu menumpukan di kawasan Jalan Maulana dan di kawasan Lebuhraya Seria Bypass.  

Hasil daripada operasi tersebut seramai 6 pemandu telah diambil tindakan atas beberapa kesalahan seperti :- 

1. Lesen memandu mansuh. 

2. Memasang pelekat plastik filem dicermin kenderaan. 

3. Tayar keluar mudguard. 

4. Kenderaan tidak dalam keadaan baik.  

Manakala JKED telah mengambil tindakan ke atas seorang pemandu atas kesalahan memiliki minuman keras tanpa permit.  

Operasi pada malam itu adalah pemantauan berterusan pihak penguatkuasa kepada semua pengguna-pengguna jalanraya agar tidak melakukan kesalahan lalulintas atau jenayah serta sentiasa mengingatkan pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati semasa berada di jalanraya. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI