Khamis, 24 Disember 2020 – Satu Operasi Sepadu Pencegahan Jenayah melalui sekatan jalanraya telah di kendalikan di beberapa lokasi di seluruh negara semalam. Operasi Sepadu tersebut yang dikendalikan di tiga (3) daerah itu diketuai oleh Pegawai dan anggota di Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah, Ketua-ketua Menguasa Balai Polis serta ketua-ketua unit daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
Operasi yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah merekodkan sebanyak 72 kes secara keseluruhan atas pelbagai kesalahan di bawah akta penguatkuasaan masing-masing.
– Operasi Sepadu Sekatan Jalanraya Pencegahan Jenayah Daerah Tutong.
Balai Polis Tutong 12 kesalahan melibatkan Lesen kenderaan mansuh, lesen memandu mansuh, mengubah suai kenderaan dan beberapa kesalahan lain.
Balai Polis Lamunin 7 kesalahan melibatkan Tayar keluar benang, lampu plat lesen kenderaan tidak menyala, menggunakan tabir / tinted.
– Operasi Sepadu Sekatan Jalanraya Pencegahan Jenayah Daerah Belait.
Balai Polis Panaga & Ibu Pejabat Daerah Polis Belait
JSKLL : 18 kesalahan Tidak menampal lesen kenderaan (cukai jalan), ubai suai kenderaan dan beberapa kesalahan lain.
JKED : 2 kesalahan Penemuan barang tegahan rokok
JPD : 4 kesalahan Tayar nampak benang, cermin depan retak dan beberapa kesalahan lain.
– Operasi Sepadu Sekatan Jalanraya Pencegahan Jenayah Daerah Brunei Muara.
JSKLL : 26 kesalahan kompaun & 1 kesalahan doket
JPD : 3 kesalahan
Matlamat Operasi adalah penekanan terhadap kesalahan-kesalahan akta lalulintas dengan mendidik para pemandu supaya lebih berdisiplin, mewujudkan kesedaran
sivik dalam diri pemandu itu sendiri selain memastikan kenderaan yang dipandu dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu.
PPDB juga menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati terutama sekali semasa cuti kelepasan awam yang panjang ini dengan memastikan tidak meninggalkan sebarang barangan berharga di dalam kereta semasa meninggalkan kenderaan di kawasan keramaian di mana ianya boleh menarik perhatian si penjenayah untuk melakukan perkara yang tidak diingini seperti memecah cermin kereta dan mengambil barang tersebut.
Oleh itu, jika terdapat perkara-perkara yang mencurigakan yang berbaur jenayah untuk segera menghubungi pihak Polis di talian kecemasan 993 atau datang ke Balai-Balai Polis berhampiran untuk tindakan segera.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
