TEMBURONG, Sabtu 24 Julai 2021 – Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah mensasarkan ke rumah kediaman pekerja asing di kawasan Daerah Temburong. 

Seramai 71 orang terlibat dalam operasi yang dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu di kawasan Kg Batu Apoi dan juga Kg Senukoh yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Jenayah Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhd Ajib bin Haji Ahmad Awal. 

Hasil daripada operasi berkenaan; 

1 – Seramai 9 orang warga asing ditahan dan sebanyak 24 karton dan 45 paket rokok pelbagai jenama dirampas oleh pihak JKED bagi siasatan dan tindakan selanjutnya. 

 2 – Manakala 6 orang warga asing juga turut ditahan dan dijalankan siasatan oleh pihak JIPK kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan yang sah. 

PPDB akan meningkatkan lagi usaha dalam menangani kegiatan-kegiatan negatif serta anasir-anasir jenayah hingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI