KUALA BELAIT, SABTU, 11 JULAI 2026 – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), baru-baru ini telah menjalankan satu Operasi Sepadu di dua lokasi berasingan di kawasan Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Jenayah Daerah Belait, Timbalan Penguasa Polis Mohd ‘Izzuddin Hanis Bin Haji Md Salleh, dan melibatkan seramai 59 pegawai dan anggota daripada Balai Polis Kuala Belait, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) serta Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU).

Hasil daripada operasi tersebut, JKED telah mengesan 14 kesalahan di bawah Seksyen 146(1) Perintah Eksais 2006 melibatkan barang tegahan, iaitu 69 paket rokok pelbagai jenama serta satu botol minuman keras.

Operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi mengesan, mencegah dan membenteras sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa serta mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan negara.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLISPASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI