BRUNEI MUARA, Rabu 27 Okt 2021 – Tidak dinafikan lagi, bahawa dalam tempoh hampir 3 bulan kebelakangan ini, pastinya masyarakat awam sudah terkesan dengan bahang wabak pandemik COVID-19 sehingga telah mengalami perubahan yang drastik dalam pencorakan kelangsungan kehidupan seharian. 

Hakikatnya, apa pun cabaran yang bakal mendatang, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dirangka oleh Pihak Kerajaan perlu dituruti bagi menantikan imuniti kelompok tercapai sepenuhnya. 

Adalah jauh lebih mudah menuruti segala arahan dan SOP yang ditetapkan berbanding mengalami kesengsaraan dan kedukaan yang panjang dan teruk akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini. 

Hasil daripada tindakan Operasi Pulih yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa, bagi hari ke 23 iaitu 26 Oktober 2021 bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sejumlah 6 tindakan denda kompaun telah dikeluarkan. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

5 kesalahan di Daerah Brunei Muara

1 kesalahan di Daerah Belait

Sifat virus COVID-19 yang sangat mudah merebak ini akan terus menular jika tidak disekat dengan sebaiknya. Justeru, disiplin dan komitmen di setiap lapisan masyarakat dan penduduk negara ini adalah kunci kepada misi untuk keluar daripada pandemik COVID-19 ini dengan jayanya. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI