BRUNEI MUARA, Ahad 10 Okt 2021 – Pelbagai langkah dan inisiatif telah diterapkan oleh Pihak Kerajaan bagi memastikan pembendungan segala kemungkinan yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19 ini berakhir dengan jayanya.
Selain pengetatan SOP kawalan sendiri di kala siang hari seperti pemakaian sungkup muka, penjarakan sosial, penggunaan aplikasi Bruhealth dan lain lagi, pengetatan juga dilaratkan pada waktu malam iaitu dikehendaki untuk berada di dalam rumah kediaman bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi.
Berikut adalah hasil catatan bagi Operasi Pulih yang dilaksanakan semalam 9 Oktober 2021 di mana 30 kesalahan tindakan denda kompaun telah dikeluarkan kepada yang telah melanggar arahan berkenaan.
20 kesalahan di kawasan Daerah Brunei Muara
10 kesalahan di kawasan Daerah Belait
Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi-agensi penguatkuasa undang-undang berharap semua pihak memandang serius berkaitan penularan wabak ini dan sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
