BRUNEI MUARA, Sabtu 9 Okt 2021 – Dedikasi dan kecekalan yang dipamerkan oleh petugas barisan hadapan negara telah mencerminkan kesungguhan serta pengorbanan yang tinggi dalam mencapai hasrat negara untuk menyaksikan penularan wabak COVID-19 berakhir dalam skala sifar. 

Justeru , usaha perlu digembling dengan meningkatkan kerjasama kesemua pihak terutama sekali masyarakat awam dalam menanai tanggungjawab dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan larangan-larangan yang diberigakan oleh Pihak Kerajaan. 

Terkini, hasil daripada Operasi Pulih yang dikendalikan bagi hari kelima (5), 8 Oktober 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 36 tindakan denda kompaun dikeluarkan yang banyak tertumpu kepada kesalahan melibatkan pelanggaran arahan bertahan di kediaman masing-masing. 

21 kesalahan di kawasan Daerah Brunei Muara

14 kesalahan di kawasan Daerah Belait

1 kesalahan di kawasan Daerah Tutong

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menegaskan dan mengingatkan kepada orang ramai bahawa tindakan undang-undang akan dijalankan dengan sewajarnya bagi sesiapa yang memperlekehkan atau mencemuh sebarang perintah atau arahan kerajaan yang dikeluarkan dalam usaha negara sedang berusaha untuk mengawal penularan wabak COVID-19 ini. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI