BRUNEI MUARA, Jumaat 8 Okt 2021 – Kolaborasi agensi-agensi penguatkuasa yang diterajui oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam menguatkuasakan Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 pada ketika ini, masih dan sedang dilaksanakan mengikut peruntukan dan SOP yang ditetapkan.
Sekatan jalanraya dan rondaan yang dijalankan dalam skala yang penuh menumpukan kawasan-kawasan strategik keseluruh daerah bagi memastikan masyarakat awam sentiasa akur dan patuh kepada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Setakat hari keempat (4) Operasi Pulih yang telah dijalankan semalam 7 Oktober 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 30 kesalahan tindakan denda kompaun.
13 kesalahan di kawasan Daerah Brunei Muara
4 kesalahan di kawasan Daerah Belait
10 kesalahan di kawasan Daerah Tutong
3 kesalahan di kawasan Daerah Temburong
Pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini telah mengubah landskap kehidupan kepada kebiasaan baharu, oleh itu, usaha dan langkah-langkah Pihak Kerajaan dalam pengawalan wabak ini perlu dituruti dan dipatuhi dengan sewajarnya dalam memastikan negara dapat bebas daripada pandemik dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
