BRUNEI MUARA, Selasa 2 Nov 2021 – Pandemik wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mengheret penduduk global kepada fenomena baharu meliputi kesan meluas terhadap pengaruh sistem kesihatan, pergerakan sosial, persekitaran, budaya serta ekonomi.
Aspek pematuhan dalam skala holistik juga merupakan tunjang utama dalam proses pengawalan serta sebagai tindak balas yang mampan dalam menurunkan kadar penularan dari kalangan lapisan masyarakat.
Sepertimana strategi yang telah dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan dalam menguatkuasakan Operasi Pulih yang telah menjangkau langkah-langkah kawalan pergerakan serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah memberikan impak berkesan dan dihasratkan akan membuahkan hasil yang bermanfaat bagi menuju ke fasa kelucutan pandemik.
Hasil terkini yang dicatatkan semalam 1 November 2021 melalui operasi pulih yang dikendalikan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasa yang berkaitan telah mendapati sebanyak 3 pelanggaran kesalahan meliputi seluruh daerah.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
1 kesalahan di Daerah Brunei Muara
2 kesalahan di Daerah Belait
Penugasan yang dijalankan melalui operasi pulih ini akan diperkemaskan lagi termasuk meneliti aspek-aspek kebaikan, kejayaan dan kelemahan bagi memastikan penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam akur dan patuh akan arahan pihak kerajaan dalam memutuskan rangkaian wabak COVID-19 ditangani dengan sebaiknya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
