BRUNEI MUARA, Isnin 25 Okt 2021 – Penyebaran jangkitan wabak COVID-19 bukan sahaja menjadi fenomena baharu yang telah mengubah corak kehidupan manusia, bahkan telah menjadi suatu pandemik yang sangat terkesan kepada masyarakat dunia.
Persiapan setiap negara menghadapinya merupakan objektif yang hangat dan utama dibincangkan dalam merangka strategi pembendungannya. Negara ini juga tidak terkecuali dan sentiasa berusaha mempersiapkannya melalui kerjasama yang kolektif dan koordinasi antara kementerian dalam menanganinya secara holistik.
Atur gerak dan kesiapsiagaan ini turut meliputi komponen keselamatan yang menjurus kepada aspek pemantauan, kawalan, rondaan dan sekatan yang diterajui oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasa yang berkaitan.
Operasi Pulih yang telah berjalan selama 21 hari sejak ianya bermula dilaksanakan merupakan langkah-langkah tambahan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam strategi pengurangan pergerakan serta risiko penularan wabak berkenaan.
Semalam, hasil daripada operasi yang dijalankan pada 24 Oktober 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sejumlah 12 pelanggaran kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
12 kesalahan di Daerah Brunei Muara
Justeru, adalah penting sebagai rakyat dan penduduk yang prihatin terhadap situasi negara untuk terus mengikuti perintah dan arahan yang dikeluarkan terutama sekali untuk berada di rumah kediaman masing-masing semasa Operasi Pulih dijalankan dalam hala tuju memutuskan rantaian jangkitan wabak sekaligus membantu memulihkan kembali sistem kesihatan negara.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
