BRUNEI MUARA, Ahad 24 Okt 2021 – Penguatkuasaan terhadap Operasi Pulih masih diteruskan dan ianya juga telah melalui detik-detik cabaran, terutama sekali dalam berdepan dengan individu-individu yang ingkar dengan mengungkapkan pelbagai alasan yang tidak munasabah dan tidak berasas terhadap pematuhan SOP Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 yang ditetapkan.
Dalam perkara ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasa yang berkaitan tidak akan berkompromi dan tetap tegas dalam menjalankan tindakan ke atas mereka yang meremehkan perintah arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan.
Implikasi terhadap pelanggaran perintah ini bukan sahaja membahayakan ahli keluarga malah turut mengheret dan mendedahkan masyarakat setempat kepada rantaian jangkitan COVID-19 yang tiada hentinya.
Dalam hasil Operasi yang dikendalikan pada 23 Oktober 2021 bermula pada jam 8 malam semalam sehingga 4 pagi tadi telah mencatatkan sejumlah 7 pelanggaran akta dan telah diambil tindakan denda kompaun ke atas mereka.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
3 kesalahan di Daerah Brunei Muara
3 kesalahan di Daerah Belait
1 kesalahan di Daerah Temburong
Oleh itu, setiap golongan masyarakat di negara ini perlu mengambil tanggungjawab yang sama secara berterusan dalam membantu pihak kerajaan mengembalikan situasi negara seperti sedia kala.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
