GADONG, Sabtu 26 Jun 2021 – Seorang wanita berbangsa Iban, memeluk agama Islam dan telah melafazkan dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh para pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Pengarah Gerakan Pasukan Polis Diraja Brunei, Penguasa Kanan Polis Matusin bin Haji Jumat dimana majlis telah berlangsung di Surau Sementara Polis Gadong. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Ustaz Abd Aziz Bin Haji Abd Kahar.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz ikrar Islam (dua kalimah syahadah) oleh Normaya Anak Anthony di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Da’wah [Pengislaman], Pusat Da’wah Islamiah. Kini, beliau dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nuralesha Zhafirah binti Abdullah Anthony. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati serta bacaan Doa Selamat.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
