GADONG, Khamis 28 Jan 2021 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seorang (1) pegawai berpangkat Inspektor Percubaan telah ditetapkan dan dinaikkan pangkat ke Inspektor Polis yang berkuat kuasa bermula pada 22 Disember 2020. 

Sehubungan itu, satu majlis telah dikendalikan bagi meraikan penetapan pangkat diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong dan disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, PPDB. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pg Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pg Haji Abd Hamid, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, pegawai-pegawai kanan serta ahli keluarga anggota polis yang diraikan. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI