GADONG, Isnin 30 November 2020 – Majlis kenaikan pangkat telah diadakan pada hari ini yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong.
Kenaikan pangkat ke Inspektor melibatkan seorang anggota peralihan Staf Sarjan 3734 Pengiran Mohd Alizan bin Pengiran Haji Aliuddin yang berkuatkuasa pada 15 Ogos 2020.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan majlis kenaikan pangkat ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Turut hadir, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia ACP Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail beserta pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan PPDB.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
