GADONG, Isnin 1 Feb 2021 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai lapan (8) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuat kuasa bermula pada 1 Disember 2020.
Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.
Pegawai-pegawai PPBD itu terdiri dari dua orang pegawai dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis, tiga orang pegawai dinaikkan ke pangkat Ketua Inspektor Polis manakala tiga orang pegawai lagi dinaikkan ke pangkat ke Inspektor Kanan Polis.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
