TUTONG, Ahad 28 Feb 2021 – Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat daripada serangan jantung selepas trak yang dipandunya tersasar lalu merempuh besi penghadang jalanraya di kawasan KM 61.8 Kg Bukit Beruang Daerah Tutong.
Laporan kemalangan disahkan telah diterima oleh Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 28 Februari 2021 sekitar jam 08.30 pagi.
Mangsa merupakan seorang warganegara asing berumur 46 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan dari Daerah Belait menghala ke Daerah Tutong.
Siasatan juga mendapati, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor petugas.
Hasil daripada pemeriksaan awal yang dijalankan dipercayai mangsa yang maut mengalami serangan jantung semasa dalam pemanduan dan penyebab kepada kemalangan berlaku. Walau bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berlaku.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
