BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 5 Ogos 2021 – Satu kemalangan kereta yang meragut nyawa telah berlaku pada pagi 5 Ogos 2021, apabila kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan melanggar batu konkrit tiang lampu di kawasan persimpangan jalan Kg Sungai Kebun.
Pihak Polis mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan tersebut melalui talian 993 pada sekitar jam 5.45 pagi dan anggota Balai Polis Kg Ayer segera ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.
Siasatan telah mendapati mangsa yang terlibat merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 38 tahun.
Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital RIPAS dan telah disahkan meninggalkan dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Punca kejadian masih dalam siasatan.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa berwaspada semasa memandu dan sentiasa akur dengan mengikuti had laju yang telah ditentukan.
Dalam pada itu, disarankan supaya semua pengguna-pengguna jalanraya untuk mengambil perhatian terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan kerana ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika memandu jika berlakunya kemalangan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
