GADONG, Isnin 15 Mac 2021 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) petang tadi telah mengadakan Majlis ceramah bersempena memperingati Peristiwa Isra’ Dan Mi’kraj yang diadakan di Surau Sementara, Dewan Persidangan PPDB, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid, Pengarah dan Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota dan juga kakitangan PPDB.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, diikuti dengan ceramah ugama yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang bertajuk ‘ Iman Kukuh, Aqidah Kukuh’.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.
Majlis Ceramah Sambutan Isra’ dan Mi’kraj ini dikelolakan oleh Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
