GADONG, Sabtu 8 Mei 2021 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengendalikan satu ceramah agama berkisar mengenai keberkatan dan kebaikan yang perlu direbut di Bulan Ramadhan pada tahun ini. 

Majlis berlangsung pada 8 Mei 2021 di Surau Sementara, Dewan Persidangan PPDB, Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Ceramah agama bertajuk ‘Menjana Pahala dengan Amalan di Bulan Ramadhan’ itu telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Ugama Ustaz Haji Iskandar bin Haji Buntar, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB. 

Turut hadir para pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai, para anggota dan kakitangan awam PPDB. 

Antara lain Intisari ceramah adalah menyentuh mengenai fadilat malam Lailatul Qadar, keistimewaan mendirikan sembahyang sunat tahajjud, memperbanyakkan membaca Al-Quran, kelebihan bersedekah dan yang utama adalah istiqomah.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI