LIMAU MANIS, Ahad 4 Okt 2020 – Sebanyak 173 karton rokok pelbagai jenama berjaya ditemukan oleh Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semasa Rondaan Tugas Operasi Sepadu Task Force Covid-19 yang dijalankan di Simpang 2302, Kampung Junjongan 1, Limau Manis.
Dalam kejadian sekitar jam 12.40 tengah hari tersebut, keanggotaan PPDB bersama ABDB telah menemukan kotak dalam keadaan mencurigakan diletakkan di kawasan semak persekitaran kebun. Semasa pemeriksaan dijalankan dan telah mendapati ianya merupakan barangan tegahan berupa rokok tanpa pemilik.
Kesemua barang penemuan dirampas dan dibawa ke Balai Polis Limau Manis, PPDB untuk siasatan awal dan kemudiannya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.
PPDB bersama agensi penguatkuasa undang-undang yang lain akan terus memerangi jenayah rentas sempadan sepertinya tanpa ada sebarang kompromi dan berusaha dibenteras hingga ke akar umbi.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
