SERIA, Jumaat 27 November 2020 – Kegiatan perjudian berjaya diserbu oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hasil kerjasama di antara keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Seria di kawasan kediaman Barek Lorong 3 Selatan, Seria Daerah Belait. 

Dalam serbuan tersebut telah berjaya menahan seramai 7 orang suspek lelaki, terdiri daripada 1 warga tempatan dan 6 penduduk tetap berumur dalam lingkungan 52 ke 62 tahun kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian jenis mahjong. 

Serbuan berkenaan turut merampas peralatan perjudian seperti 2 set judi mahjong, dadu, buah mahjong, token, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dipercayai digunakan untuk perjudian tersebut. 

Semua tangkapan serta barang-barang bukti dibawa ke Balai Polis Panaga untuk dijalankan siasatan lanjut. 

Kes siasatan ini disiasat dibawah seksyen 04 (C), Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28 yang boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun dan denda tidak kurang daripada BND$5,000. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa berusaha menjalankan pemantauan, menjejak serta mengambil tindakan pembanterasan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI