1. Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial seperti Facebook?
Jangan berikan password kepada sesiapa & selalu ditukar.
Simpan maklumat persendirian secara peribadi (private).
Pastikan mana-mana akaun seperti Facebook dibuat “Private”.
Cuma terima “friend requests” dari orang yang anda kenali & “Add friends” orang yang benar anda kenali.
Jangan memaparkan apa-apa “post” yang anda tidak mahu ibu-bapa anda atau cikgu anda tahu atau melihatnya.
Belajar mengenai privacy settings.
Tutup chat atau keluar chatroom sebaik sahaja anda tidak berasa selesa dengan perbualan tersebut.
Katakan “Tidak” dengan tegas jika seseorang mengajak anda untuk berjumpa walaupun seseorang itu anda kenal melalui chat agak lama.
Maklumkan ibu-bapa, kakak/abang atau cikgu jika sesuatu telah terjadi.
Gunakan nickname yang tidak menunjukkan nama sebenar, jantina atau umur anda.
Menghantar gambar atau video hanya kepada orang yang anda kenali.
Pastikan telefon bimbit tidak diletakkan ditempat yang boleh diambil orang.
Meminta kebenaran dari ibu-bapa sebelum memberikan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun.
2. Bagaimana pindaan baru Dharar Syarie boleh membantu anda?
Anda boleh membuat aduan kepada:-
1. Pihak Polis (Talian 993 atau Balai Polis berdekatan)
2. Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); atau
3. Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga
- Anda boleh tinggal di rumah perlindungan (Kompleks Rumah Kebajikan) jika anda tidak berasa selamat di rumah.
- Anda boleh memohon Perintah Perlindungan (PO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
- Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut, jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
- Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
- Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.
3. Bagaimana anda boleh membantu mangsa keganasan rumahtangga?
- Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan. Wanita teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan mereka supaya meluahkan masalahnya.
- Jadilah "rakan telefon". Wanita sering terasing dan tidak dibenarkan keluar.
- Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan perkara ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak jika anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
- Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil dan bantu mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
- Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
- Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau petang ketika waktu ketegangan.
- Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah yang selamat.
- Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam atau menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
- Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta menunjukkan sokongan anda.
- Bantu beliau mencari rumah.
- Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau dari rumah perlindungan ke kediaman barunya.
- Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran yang teraniaya / dipukul.
4. Petunjuk mengesan Mangsa Pemerdagangan Manusia?
- Adakah mangsa memiliki pengenalan diri dan dokumen perjalanan (paspot); jika tidak, siapakah yang memegang dokumen-dokumen tersebut?
- Adakah mangsa diajar / dilatih mengenai apa yang harus diberitahu kepada penguatkuasa undang-undang (anggota polis, buruh dan imigresen)?
- Adakah mangsa direkrut / diambil untuk satu tujuan /pekerjaan dan dipaksa untuk membuat kerja yang lain?
- Adakah gaji mangsa dipegang / dipotong tanpa sebab-sebab yang munasabah?
- Adakah mangsa dipaksa untuk melakukan hubungan seks?
- Adakah mangsa mempunyai kebebasan (bergerak)?
- Adakah mangsa atau keluarganya diancam dengan kemudaratan jika mangsa cuba melarikan diri?
- Adakah mangsa diancam dengan tindakan diusir/ dibuang negara atau tindakan penguatkuasaan undang-undang?
- Adakah mangsa dicederakan / didera atau mengalami kekurangan makanan, minuman, tidur, rawatan perubatan atau keperluan hidup yang lain?
- Bolehkan mangsa menghubungi rakan-rakan atau keluarganya pada bila-bila masa?
- Adakah mangsa di bawah umur 18 tahun dan telah terlibat atau berniat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seks komersial (pelacuran)?
- Adakah mangsa dibenarkan untuk bergaul atau menghadiri perhimpunan / upacara keagamaan?
5. Safety Rules For Bringing Liquids, Aerosol And Gels In Hand Carried Luggage For Passenger On International Flights.
Every liquid, aerosol or gel which are hand-carried must not be above 100ml or 100grm. It must be carried in a visible or transparent plastic bag with the capacity of 1 litre. The plastic bag must be sealed tightly and each passenger is only allowed to carry one plastic bag of the quantity of 1 ltr.
You may still carry prescription medicines through the screening point. Baby product and non-prescription medicines that you need for the flight are also allowed. However, proof of need may be required.
- Any liquid, aerosol or gel which are more than 100ml (100grm) is allowed via check-in baggage. Please prepare your plastic bag beforeyou check-in. This will provide you ample time to put any containers that are too big in your check-in baggage instead.
# You may carry liquids by following these simple steps: Before check in:-
- Sort through any liquids, aerosol and gels that you plan to take with you on the flight. If possible, do this before you leave for the airport.
- All liquids, aerosol and gels that you intend to take in your carry-on baggage must be in containers 100ml in volume or smaller. (This is about equal 100gm in weight).
- Any counters larger than 100ml will need to be packed into your check-in baggage or left behind.
- Partially filled containers larger than 100ml will not be accepted.
- Place the containers that you want to take in your carry on baggage into a transparent, re-sealable plastic bag.
- The bag must be on greater than one litre in size, for example 20x20cm or 15x25cm. You can purchase these bags at supermarket or airport retailers.