GADONG, Khamis 27 November 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil serta Hadiah Akademik Terbaik dan Cemerlang bagi pelajar Sekolah Taman Didikan Anak-Anak PPDB bagi tahun 2025.
Majlis yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Stadium Hassanal Bolkiah, Polis Gadong dengan dihadiri oleh Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Pengerusi Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir adalah Yang Mulia Insp Haji Zainal Abidin bin Haji Abdul Ghani selaku Pengurus Sekolah dan Yang Mulia Puan Hajah Annisah binti Haji Bahar selaku Pengerusi Badan Didikan PEKERTI serta guru-guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar-pelajar.
Bagi memberkati majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu Yang Mulia APO/SGT 6472 Mohd Yusri bin Hj Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, diiringi pelajar-pelajar dan disusuli dengan bacaan doa selamat.
Majlis diserikan dengan acara persembahan tarian dan nyanyian oleh murid-murid KG1 dan KG2 sebelum diteruskan dengan penyampaian hadiah Akademik Terbaik dan Cemerlang KG1 & KG2 atas kejayaan murid-murid bagi tahun 2025.
Majlis ini bertujuan untuk menghargai pencapaian akademik dan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah KG1 dan KG2, serta memperkukuhkan semangat pendidikan dalamkalangan anak-anak anggota polis.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI