Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS CERAMAH KHAS PEKERTI FOKUS KEPADA KESEJAHTERAAN EMOSI DAN KEROHANIAN.

​GADONG, Jumaat 21 November 2025 - Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) mengadakan Ceramah Khas yang bertempat di Dewan BankuetMes, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Isteri kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), selaku Yang Di-Pertua PEKERTI.

Ceramah Khas bertajuk "Rasulullah dan Seni Mengurus Emosi: Panduan Jiwa untuk Zaman Penuh Tekanan" telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da’wah (Ceramah), Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ceramah ini memberikan penjelasan mengenai kesihatan mental dengan perspektif Islam dan juga sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam yang menekankan kepentingan dalam penjagaan emosi, kerohanian dan mental. Ceramah ini seterusnya memperkenalkan amalan sunnah yang boleh membantu menjaga kestabilan mental seperti bacaan doa dan zikir.

Majlis Ceramah ini dianjurkan oleh Badan Didikan PEKERTI dan Badan Keugamaan PEKERTI bagi tujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran, dan pendidikan mengenai pentingnya menjaga kesihatan mental dari segi perspektif
islam.

Turut memeriahkan majlis ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI serta ahli-ahli PEKERTI dari tujuh cawangan lain, termasuk isteri-isteri pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

CERAMAH PEKERTI 2.jpg

CERAMAH PEKERTI 3.jpg

CERAMAH PEKERTI 5.jpg

CERAMAH PEKERTI 4.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments