Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

AKTIVITI SOSIAL ACARA RIADAH WALKATHON BERSAMA PENGAWASAN KEJIRANAN

BERAKAS, Isnin 17 November 2025 – Satu aktiviti sosial Pengawasan Kejiranan (PK) iaitu Riadah Walkathon anjuran Unit PK Balai Polis Berakas telah diadakan pada hari Isnin, 17 November 2025, jam 8 pagi bertempat di Kawasan Concourse Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Acara Bersukan Bersama ini menyaksikan penglibatan erat antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan masyarakat setempat seramai 55 orang, terdiri dari Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua Kampung dan ahli-ahli PK dari kampung-kampung dibawah tadahan Balai Polis Berakas.

Tetamu Kehormat bagi acara tersebut adalah Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Ketua Kampung Belimbing. Turut hadir Yang Mulia ASP Mikhail Iman bin Abdullah Lee, Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas dan anggota-anggota Polis yang komited dalam memastikan kelancaran program tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan sesi bergambar ramai, Walkathon dan senaman ringan (cooling down).

Aktiviti riadah ini diadakan bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat melalui senaman ringan briskwalk disamping memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli PK.

riadah pk bks 4.jpg

riadah pk bks 1.jpg

riadah pk bks 2.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments