Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT KESELAMATAN DALAM TALIAN DI SEKOLAH RENDAH DATU MAHAWANGSA LAMBAK

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah telah dijemput oleh Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Kluster 3, Lambak bagi menyampaikan taklimat mengenai dengan keselamatan dalam talian.

Seramai 148 orang penuntut yang terdiri daripada pra hingga tahun 6 termasuk 31 orang guru telah menyertai taklimat itu yang disampaikan oleh Koperal 4747 Syalihen bin Haji Ludin. Adapun taklimat menyentuh mengenai dengan ancaman jenayah siber yang semakin rancak berlaku di internet dan penyalahgunaan sosial media termasuk aplikasi permainan (Gaming) seperti ‘Roblox’ dan sebagainya, yang berpotensi memudaratkan kehidupan dikalangan masyarakat.

Mereka turut diperingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan sebarang tawaran menarik serta dinasihatkan untuk membuat penyelidikan terlebih dahulu, sebelum mengongsikan sebarang maklumat peribadi untuk keselamatan. Maklumat yang dikongsikan adalah penting kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi sama-sama melindungi diri dan keluarga dari terperangkap menjadi mangsa jenayah siber.

taklimat scam 2.jpg

taklimat scam.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments