Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

WARGA TEMPATAN DITAHAN MEMILIKI BARANG TEGAHAN

​TEMBURONG, Sabtu, 15 November 2025 – Satu operasi telah dijalankan oleh pegawai dan anggota Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sejurus menemui sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan Kampong Negalang, Temburong.

Pada kira-kira jam 7.30 malam, rondaan dan pemantauan dijalankan di kawasan berkenaan sebelum sebuah kenderaan mencurigakan dikesan bergerak menuju ke kawasan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien. Setelah enggan menghentikan kenderaan apabila diberi arahan, kenderaan tersebut berjaya ditahan di kawasan letak kereta Kampung Sungai Bunga, Bandar Seri Begawan.

Pemandu kenderaan berkenaan, seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun, sekali lagi cuba melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan namun berjaya ditahan oleh pihak polis.

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui beberapa kotak besar yang mengandungi barang tegahan. Siasatan lanjut mengesahkan rampasan sebanyak 24 botol dan 24 tin minuman keras, serta 355 karton dan satu paket rokok.

Semua barang tegahan dan suspek telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan dan siasatan lanjut.
PPDB menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah untuk menyalurkannya ke balai polis terdekat atau menghubungi Talian Kecemasan 993.

teggahan 4.jpg

teggahan 5.jpg

teggahan 3.jpg

​​teggahan 2.jpg


Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments