Bandar Seri Begawan, Rabu, 12 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah telah diundang oleh Sekolah Menengah Masin, Kampung Masin bagi menyampaikan taklimat keselamatan dalam talian.
Taklimat itu disampaikan kepada 250 orang penuntut yang terdiri daripada tahun 7, 9 dan 10 termasuk 20 orang guru daripada sekolah berkenaan. Mereka diberikan pendedahan dan penjelasan tentang kaedah keselamatan dalam penggunaan teknologi yang semakin canggih serta tanggungjawab dan kewaspadaan dalam mengongsikan butir-butir peribadi di aplikasi media sosial.
Diharapkan melalui program ini, peserta yang hadir akan dapat memahami akan kepentingan maklumat Taklimat Keselamatan Dalam Talian bagi persediaan awal dalam menghadapi sebarang ancaman jenayah siber.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI