JAKARTA, Jumaat, 31 Oktober 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) terdiri daripada wakil dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadiri Regional Consultation Workshops on Strengthening the Non-Punishment Principle in Trafficking in Person (TIP) Cases of Forced Criminality di Jakarta, Indonesia. Bengkel yang diadakan selama dua hari, dari 30 hingga 31 Oktober 2025, dianjurkan dengan kerjasama oleh ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) serta ASEAN-Australia Counter Trafficking (ACT) program dan dihadiri oleh tujuh puluh tiga (73) orang wakil daripada SOMTC, ASEAN Sectoral Bodies, negara-negara ahli ASEAN dan agensi-agensi yang berkepentingan. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada pelancaran naskah “ASEAN Guidline on the Implementation of the Non-Punishment Priciple for Protection of Victims of Trafficking in Persons" pada 02 Jun 2025, yang memberikan komitmen kolektif ASEAN Member States yang kukuh bagi melindungi mangsa pemerdagangan orang daripada dikenakan hukuman atas kesalahan yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung akibat eksploitasi mereka.

Objektif bengkel Regional Consultation Workshops on Strengthening the Non-Punishment Principle in Trafficking in Person (TIP) Cases of Forced Criminality ini adalah untuk mengukuhkan pelaksanaan the Non-Punishment (NPP) di dalam kes-kes pemerdagangan orang (trafficking in persons) dengan membangunkan kaedah khusus ASEAN iaitu the ASEAN indicators of Trafficking into Forced Criminality and ASEAN-Specific Training Materials. Kaedah-kaedah ini akan dapat memupukkan keserasian di serantau ini, untuk memastikan bahawa mangsa-mangsa yang dipaksa melakukan sebarang kesalahan akan dilindungi dan bukan didakwa atau dihukum.
Sepanjang bengkel ini diadakan, para peserta telah berpeluang membuat perbincangan tentang indikator jenayah pemerdagangan orang secara paksa beserta bahan latihan peningkatan kapasiti dengan efektif mengikut piawaian garispandu ASEAN dalam mewujudkan satu platform kerjasama dalam memastikan bahawa tidak ada mangsa pemerdagangan orang diperlakukan sebagai penjenayah terutamanya mengenai atas kesalahan yang dilakukan tanpa persetujuan hati mereka.Dalam hal ini, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang sentiasa komited terhadap usaha berterusan untuk mencegah dan menentang ancaman pemerdagangan manusia di Negara Brunei Darussalam. Jawatankuasa Kerja Kebangsaan juga akan terus mengamalkan pendekatan secara pendekatan berpusatkan mangsa atau victim centric ke atas golongan yang berisiko terhadap jenayah pemerdagangan orang.
Dikeluarkan Oleh :UNIT PERHUBUNGAN AWAM PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI