BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Oktober 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat “Penipuan dalam talian” bagi Penjawat Awam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sebagai salah satu taklimat bagi Program Induksi Perkhidmatan Awam, di Institut Perkhidmatan Awam, Kampung Rimba.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad daripada Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PPDB dan seramai 80 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada jabatan-jabatan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah menghadiri taklimat berkenaan. Antaralain, taklimat berkenaan mengongsikan pelbagai kaedah dalam menangani jenayah penipuan dalam talian.
PPDB ingin mengingatkan orang ramai untuk lebih berwaspada sekiranya berhadapan dengan tawaran yang mencurigakan, menarik dan memberikan keuntungan yang sangat tinggi. PPDB juga akan terus komited dalam melaksanakan tindakan dan taklimat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah penipuan dalam talian sekali gus membanteras jenayah ini. Jika berhadapan dengan sebarang tawaran yang mencurigakan sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.
Institut Perkhidmatan Awam, Kampung Rimba
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI