Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MESYUARAT “3RD REGIONAL MEETING OF SOUTHEAST ASIAN NATIONAL COMMITTEES AGAINST TRAFFICKING IN PERSONS”
Makati City, Republik Filipina, Selasa 7 Oktober 2025 - The 3rd Regional Meeting of Southeast Asian Committees Against Trafficking in Persons telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2025 di Makati City, Republik Filipina. Negara Brunei Darussalam (NBD) diwakili oleh Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Azree bin Haji Abd Manaf, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja bagi Anti-Pemerdagangan Orang (JKKAPO). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Undersecretary Nicholas Felix Lopez Ty, the Undersecretary in Charge of the IACAT dengan disertai oleh negara-negara ASEAN.

Mesyuarat tersebut merupakan inisiatif di antara (IACAT) dan Kedutaan Besar Netherlands di Republik Filipina sempena memperingati Ulang Tahun Ke-11 dimana ianya dikhususkan kepada
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap isu-isu pemerdagangan orang [ (TIP)] di negara-negara ASEAN. Pada mesyuarat kali ini, negara-negara ASEAN menumpukan usaha kepada membina kerjasama di peringkat serantau bagi jawatankuasa antara-agensi kebangsaan yang menangani isu pemerdagangan orang, serta bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisma serantau bagi penyelarasan dan perbincangan mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama termasuk kes pemerdagangan orang, dasar, perancangan program, dan amalan terbaik.

human traffkimng 1.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments