Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT MENGENAI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI MARITIME AND PORT AUTHORITY BRUNEI DARUSSALAM

BRUNEI-MUARA, Khamis, 16 Oktober 2025 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membenteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang kepada enam puluh enam (66) orang petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan di Maritime and Port Authority Brunei Darussalam (MPABD), Muara.

Objektif utama taklimat diadakan adalah untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada peserta yang hadir tentang kaedah-kaedah dalam mengetahui mangsa yang berpotensi terlibat dalam jenayah pemerdagangan di negara ini. Pihak penguatkuasa dan agensi barisan hadapan adalah disarankan untuk sentiasa berwaspada dan mengenal pasti identiti tetamu dahulu yang mana berkemungkin terjebak dan dieksploitasi untuk menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Kerjasama pihak kakitangan hotel adalah diperlukan untuk memainkan peranan serta mengatasi masalah pemerdagangan manusia dalam sama-sama membantu Psukan Polis Diraja Brunei Memerangi jenayah ini.

human traffiking.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments