Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEJOHANAN SUKAN ’INTER-FORCES GAMES’ ANTARA PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI DAN PASUKAN POLIS SINGAPURA

​GADONG, Rabu, 15 Oktober 2025 – Kejohanan (IFG) 2025 antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) telah memperlihatkan semangat kesukanan dan persahabatan yang tinggi antara kedua-dua pasukan.

Kejohanan tahun ini mempertandingkan tiga acara sukan iaitu badminton, tenis dan bola sepak. Persaingan sengit menyaksikan SPF memenangi acara tenis,manakala PPDB menjuarai acara badminton. Penentuan juara keseluruhan bergantung kepada perlawanan bola sepak yang menjadi kemuncak kejohanan. Dalam perlawanan tersebut, PPDB berjaya menewaskan SPF dengan jaringan 2–1, sekali gus menjuarai Kejohanan IFG 2025.

Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, bersama Timbalan Pesuruhjaya (Dasar) SPF, How Kwang Hwee, serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua pasukan.

Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi kejohanan tahun ini yang melibatkan lebih 80 orang peserta dari kedua-dua pasukan. Delegasi atlet SPF berada di negara ini selama empat hari bermula 13 Oktober 2025, sempena kejohanan tahunan yang telah menjadi tradisi antara PPDB dan SPF.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan persahabatan erat dan kerjasama dua hala antara PPDB dan SPF, di samping memupuk semangat kesukanan, bertukar pandangan serta memperluas jaringan profesional (networking) dalam kalangan anggota polis kedua-dua negara.

IFG Gamee 1.jpg
IFG Gamee 2.jpg
IFG Gamee 3.jpg
IFG Gamee.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments