Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT PENIPUAN DALAM TALIAN DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

BERAKAS, Sabtu, 04 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah diundang oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) untuk menyampaikan taklimat mengenai jenayah penipuan dalam talian.

Taklimat tersebut dihadiri oleh 20 orang peserta belia daripada Program Belia Y-Lite anjuran jabatan tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, pegawai daripada BSJS, bertempat di Dewan Kuliah Stadium Hassanal Bolkiah.

Objektif taklimat adalah untuk memberi kesedaran kepada belia-belia yang hadir terhadap trend jenayah penipuan dalam talian yang semakin menular. Mereka turut dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpedaya dengan apa jua tawaran yang diragui daripada individu yang tidak dikenali.

Pemberigaan maklumat kepada masyarat mengenai jenayah penipuan dalam talian adalah sangat penting bagi sama-sama memerangi penularan jenayah siber di negara ini.

KKBS1.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments