Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT MENGENAI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI TIMES HOTEL

​BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 15 September 2025 - Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membanteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) kepada lapan (08) orang petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan Times Hotel, Bandar Seri Begawan.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberikan kefahaman mengenai Kepentingan dalam pengetahuan yang lebih mendalam dan terperinci agar dapat mengenal pasti elemen-elemen dan indikasi mangsa yang berpotensi terlibat di dalam jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam. Taklimat ini menekankan tanggungjawab setiap para petugas kakitangan hotel mengenai kepentingan mengenal pasti tetamu yang berpotensi menjadi mangsa pemerdagangan orang, dalam melakukan indentifikasi awal seseorang yang telah direkrut, diangkut, dipindahkan, dilindungi atau diterima bagi tujuan eksploitasi. Eksploitasi tersebut termasuklah pemelarian, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan mudah terdedah, perdayaan, penipuan, pemberian atau penerimaan bayaran atau manfaat untuk mendapatkan persetujuan individu yang mengawal orang lain, ancaman, penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain untuk tujuan pelacuran, perhambaan, buruh paksa dan penjualan organ badan.

Antara maklumat taklimat yang dikongsikan ini menjadi fungsi kesedaran dan tindakan awal dalam membantu mencegah eksploitasi serta membanteras jenayah pemerdagangan orang di negara ini. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai berserta anggota-anggota di USPM.

htuu1.jpeg

htuu111.jpeg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments