BRUNEI MUARA, Isnin, 8 September 2025 - Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menjalankan satu serbuan kira-kira pada 9 malam semalam di sebuah rumah sewa di kawasan Kampung Tanjong Nangka.
Hasil daripada serbuan tersebut, pihak polis telah menahan dua (2) orang wanita warganegara asing berusia 34 dan 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran. Suspek dan kesemua barang rampasan, iaitu sebuah telefon bimbit dan wang tunai, ditahan dan dibawa ke JSJ untuk tindakan dan siasatan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, atas kesalahan menawarkan khidmat seks.
PPDB menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan tidak bermoral yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat. Orang ramai juga diseru agar terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang relevan bagi membantu pihak berkuasa dalam usaha mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI