Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG (TRAFFICKING IN PERSONS) KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI HIGHER HOTEL KIULAP

​KIULAP, Khamis 04 September 2025 - Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membanteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) kepada sembilan belas (19) orang petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan Higher Hotel, Kiulap.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam dan terperinci agar dapat mengenal pasti elemen-elemen dan indikasi mangsa yang berpotensi terlibat di dalam jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam. Pengetahuan dalam mengenal pasti tetamu yang berpotensi menjadi mangsa pemerdagangan orang melalui identifikasi seperti kelakuan yang mencurigakan, berlakunya pertengkaran atau serangan fizikal yang menyebabkan kecederaan, meminta pertolongan menggunakan isyarat atau mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang aneh, adalah disarankan untuk menjadi salah satu kepentingan para petugas kakitangan hotel.

Antara maklumat yang telah dikongsikan dalam taklimat ini adalah fungsi dan peranan USPM, ‘case study’ bagi kes-kes pemerdagangan orang yang telah berjaya dihadapkan ke muka pengadilan yang memenuhi semua indikasi unsur-unsur pemerdagangan orang yang telah disiasat oleh USPM semenjak tertubuhnya unit ini pada 16 Ogos 2011. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai berserta anggota-anggota di USPM.

httu 1.jpeg

httu 2.jpeg


Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments