Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU DAERAH POLIS TEMBURONG

​DAERAH TEMBURONG, Khamis, 10 Julai 2025 – Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah membuat satu operasi sepadu bersama Jabatan Kastam Eksais Diraja (JKED) pada petang 10 Julai 2025.

Operasi yang melibatkan 33 orang anggota dari PPDB dan pihak JKED tersebut telah dijalankan di beberapa buah rumah di sekitar kawasan Perpindahan Kampong Rataie dan sekitar kawasan Kampong Bokok, Temburong.

Hasil daripada operasi, pihak JKED telah mendapati 4 orang warga tempatan, 1 wanita dan 3 lelaki, disyaki memiliki barang tegahan dibawah Perintah Kastam iaitu 11 karton dan 9 paket rokok pelbagai jenama, 28 unit vape pelbagai jenis berserta 2 unit telefon bimbit. Kesemua suspek dan bahan bukti di tahan oleh pihak JKED bagi siasatan dan tindakan selajutnya.

PPDB bersama agensi penguatkuasa berharap dengan adanya operasi ini dijalankan dapat memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang di Negara Brunei Darussalam. Masyarakat juga disarankan untuk turut sama memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada agensi-agensi penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat yang berguna agar kegiatan-kegiatan jenayah dapat dibanteras dengan sebaiknya.

barang tegahan temburongg 1.jpeg
barang tegahan temburongg 4.jpeg



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments