Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU DAERAH BELAIT

​DAERAH BELAIT, Isnin, 07 Julai 2025 – Satu operasi sepadu telah dijalankan kira-kira pada tengah malam semalam yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang, bertempat di Kampung Tunggulian, Mukim Liang, Daerah Belait.

Operasi tersebut melibatkan seramai 52 orang anggota terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Buruh, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN).

Semasa operasi dijalankan, satu kesalahan ditemukan di bawah Akta Kastam yang mana suspek seramai 6 orang warganegara Indonesia telah didapati memiliki barang tegahan iaitu 17 karton dan 29 paket rokok pelbagai jenis, wang tunai sejumlah $224 dan 1 unit telefon bimbit jenama Xiaomi berserta simkad. Kesemua suspek dan barang tegahan telah dirampas oleh pihak JKED.

PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang kukuh dalam perkongsian maklumat mengenai kegiatan-kegiatan yang cuba meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahupun keamanan di negara ini.

OPERASI KB 2.jpeg
OPERASI KB 1.jpeg
OPERASI KB.jpeg

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments