GADONG, Rabu 2 Julai 2025 - Dengan penuh kesyukuran dan keberkatan, Badan Ugama
Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Ceramah Ilal
Hijrah 1447 Hijrah, serta doa kesyukuran bagi kepulangan jemaah haji anggota PPDB
di Surau Polis Gadong.
Majlis dirasmikan dan dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dato Seri Pahlawan
Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis PPDB bersama Yang Mulia Datin Sabrina binti
Abdullah selaku Yang Di-Pertua PEKERTI.
Turut hadir Yang Amat Mulia DCP Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin
Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Timbalan
Pesuruhjaya Polis PPDB serta Yang Mulia Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Aimi
Safwan bin Zalidin, Pengerusi Majlis BUI PPDB, bersama Pengarah-Pengarah,
Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, keanggotaan dan
kakitangan awam PPDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia APO
Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Polis Gadong.
Seterusnya, ceramah bertajuk “Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan yang
Mampan” disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Ustaz Haji Noralizam bin Haji Aliakbar,
Penolong Profesor Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama, yang
menekankan pentingnya semangat hijrah sebagai landasan kecemerlangan berterusan
dalam kehidupan dan tugas.
Antara intipati penting daripada ceramah yang disampaikan ialah peringatan agar kita
sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT dalam setiap keadaan. Umat Islam juga
digalakkan untuk sentiasa bertaubat, kerana pintu keampunan-nya sentiasa terbuka
bagi hambanya yang ingin kembali. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa mengingati
Allah di mana sahaja kita berada sebagai tanda keimanan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan doa
kesyukuran bagi memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT atas kepulangan jemaah
haji Pegawai dan Anggota pangkat rendah PPDB.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI