Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAKLUMAT AWAM MEMBAWA PENAHANAN BARANG TEGAHAN

​TEMBURONG, Isnin 30 Jun 2025 – Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menumpaskan satu percubaan membawa barangan tegahan.

Pada malam 30 Jun, pihak polis menerima maklumat awam mengenai sebuah kenderaan mencurigakan yang berada di kawasan Kampong Batu Apoi, Temburong. Anggota dari Balai Polis Bangar cuba menahan kenderaan tersebut di Jambatan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, namun pemandu enggan berhenti, sekali gus mencetuskan aksi kejar-mengejar.

Kenderaan itu akhirnya berjaya ditahan di kawasan Kampong Serdang, Bandar Seri Begawan. Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 47 tahun telah ditahan, manakala seorang lagi penumpang melarikan diri ke kawasan hutan.
Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui sebanyak 500 karton rokok pelbagai jenis yang disyaki sebagai barang tegahan. Suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk siasatan lanjut.

PPDB merakamkan penghargaan kepada orang awam atas maklumat yang diberikan dan berharap kerjasama ini akan berterusan demi membanteras jenayah serta kegiatan yang menyalahi undang-undang. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah diminta untuk menghubungi talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

seludup temb 3.jpeg

seludup temb.jpeg
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments