Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEMALANGAN DI LEBUHRAYA MERAGUT JIWA

​DAERAH BELAIT, Sabtu 28 Jun 2025 - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan bahawa satu kejadian kemalangan yang mengakibatkan kematian telah berlaku di Lebuhraya Seria pada sebelah pagi hari Sabtu, 28 Jun.

Kemalangan berkenaan melibatkan dua buah kenderaan, masing-masing dipandu oleh seorang warganegara Malaysia berumur 33 tahun yang mengalami kecederaan, dan seorang warga tempatan berumur 30 tahun yang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

PPDB menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dijalan raya, mematuhi had laju, memastikan jarak selamat antara kenderaan, dan menumpukan perhatian sepenuhnya sebelum memasuki simpang atau menukar lorong.

KEMALANGAN TT.jpeg

KEMALANGAN TT 1.jpeg 

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments