Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU MEMATAHKAN PERCUBAAN MENYELUDUP BARANG-BARANG DITEGAH.

BRUNEI MUARA, Jumaat, 27 Jun 2025 - Polis Marin (POLMAR), Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa menjalankan Operasi Sepadu bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah berjaya mematahkan percubaan membawa masuk barang - barang tegahan melalui perairan Brunei. 

Pada awal pagi hari Jumaat, 27 Jun, hasil pemantauan mendapati sebuah perahu yang mencurigakan bergerak laju di perairan Brunei dan memasuki anak sungai berhampiran penurunan perahu Pangkalan Sibabau, Kampong Mentiri. 

Pasukan Operasi terus bertindak segera menuju ke tempat kejadian dan mendapati perahu berkenaan telah berhenti di pondok kawasan tersebut tanpa pemandu. Hasil pemeriksaan mendapati perahu suspek telah membawa beberapa kotak dipercayai barang-barang tegahan iaitu 600 katon rokok pelbagai jenis, 156 botol dan 240 tin minuman keras pelbagai jenama, sayap ayam mentah (10 Kg) dan hati buyah (8.78 Kg). 

Perahu serta barang - barang tegahan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan lanjut. 

PPDB dan agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa memastikan keselamatan perairan negara terjaga dari sebarang kegiatan jenayah melalui operasi bersepadu dan rondaan harian. 

PPDB juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang diminta untuk menyalurkan maklumat melalui Talian Kecemasan Polis 993. 

barang seludup tt 1.jpeg

barang seludup tt.jpeg

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments