Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT MENGENAI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG

BERAKAS, Isnin 16 Jun 2025 - Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membenteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) kepada tiga puluh satu (31) orang petugas barisan hadapan (frontliners) yang terdiri daripada pegawai dan anggota pangkat rendah Polis Lapangan Terbang, PPDB. 

Objektif utama taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang lebih mendalam dan memahami secara lebih terperinci tentang mengenal pasti elemen-elemen dan indikasi mangsa yang berpotensi terlibat di dalam jenayah pemerdagangan orang. Antara perkara yang dibentangkan dalam taklimat ini adalah maklumat mengenai fungsi dan peranan USPM, perkongsian ‘case study’ bagi keskes pemerdagangan orang yang memenuhi semua indikasi unsur-unsur pemerdagangan orang dan telah berjaya dihadapkan ke muka pengadilan, oleh USPM sejak penubuhannya pada 16 Ogos 2011. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai serta anggota-anggota USPM. 

HTU Airport 1.jpg

HTU Airport.jpg

HTU Airport 2.jpg

​​Dikeluarkan Oleh : 

​UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments