LUMUT, Selasa, 17 Jun – Satu serbuan telah dijalankan oleh pegawai & anggota Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di sebuah pondok kayu yang terletak dikawasan Kampung Tunggulian Liang, Lumut, yang telah membawa kepada penahanan 13 orang lelaki warganegara asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.
Dalam operasi tersebut, seramai empat (4) warganegara Bangladesh dan sembilan (9) warganegara Indonesia telah berjaya ditahan. Turut dirampas sebagai bahan bukti adalah beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian berkenaan, termasuk buah dadu, kain judi, serta wang tunai berjumlah $5,237.00 yang dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian jenis “katam-katam”.
Kesemua suspek beserta barang-barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sungai Liang, PPDB untuk siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28, yang melibatkan kesalahan berkaitan pengendalian dan penglibatan dalam kegiatan perjudian.
PPDB menasihatkan orang ramai agar menjauhi sebarang bentuk kegiatan perjudian serta mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang di negara ini.
.jpeg)
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAMPEJABAT PESURUHJAYA POLIS IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI